Friday, December 20, 2013

Hari ini saya akan menyambung berkaitan dengan remaja..

Remaja cemerlang boleh melahirkan generasi gemilang pada masa akan datang..

Justeru itu..ingatlah...sedarlah...anak-anak remaja..peneraju bangsa dan penyambung warisan negara akan datang..bergantung pada diri..anak-anak remaja sekelian..

Friday, November 8, 2013

KECEMERLANGAN REMAJA

Para remaja dan generasi muda Islam boleh mencapai kegemilangan dan sekaligus dapat menyahut cabaran melalui :


# Pegangan kepada ajaran agama yang betul seperti perlu mengenali diri,mengenali Tuhan dan memahami tujuan dan kompas kehidupan...Generasi muda perlu sedar,bahawa kehidupan ini tidak berakhir setakat mati,tetapi ada lagi sebuah kehidupan yang abadi iaitu kehidupan akhirat.

"Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan hanya kepadaNya akan kembali"

# Kesanggupan menjalankan tugas sebagai khalifah dan pemakmur alam ini,para remaja perlu ingat bahawa apa jua kerja dan tugas boleh berhasil dengan izin Allah jua.
Lantaran itu setiap orang perlu percaya dan yakin kepada kebolehan diri dan percaya dapat melaksanakan dengan sebaik-baiknya....

# Para remaja perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran dan kepakaran supaya dapat meletakkan diri masing-masing melalui kebolehan dan kemampuan....

# Menuntut ilmu sebanyak mungkin,terutama dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh bangsa dan masyakat,seperti ilmu akidah,ilmu feqah,akhlak,sains dan teknologi,andai remaja Islam gagal menguasai ilmu ini maka akan ketinggalan.

# Para remaja mesti sensitif dengan soal maruah,terutama maruah bangsa dan agama.Biar kita merasai ada harga diri dan kehormatan diri.
Untuk menjaga maruah dan harga diri serta kehormatan,para remaja perlu hapuskan sikap suka berpoya-poya,berseronok-seronok,Peliharalah diri dan jangan hangus terbakar menjadi qurban hawa nafsu jahat.

Hapuskan sikap suka kepada hiburan yang melekakan.Hapuskan kegilaan pemujaan kepada kebendaan,jangan sampai menjadi korban kebendaan.

# Para remaja perlu mendidik agar tahu menghargai masa yang diperuntukkan selama dua puluh empat jam itu,kerana umur remaja akan dipersoalkan dihadapan Allah,bagaimana diperguna dan dihabiskan ketika remaja.

Justeru itu generasi muda Islam perlu membuat perubahan ke arah lebih baik.Islam menggalakkan umatnya maju ke hadapan dan menyesuaikan diri dengan perubahan.






Friday, October 18, 2013

remaja sukakan diri mereka tidak dikongkong,apakah mereka fikir kesan dan akibat yang akan berlaku?

- adakah positif atau negatif?
-adakah peranan ibu bapa sudah tidak ada untuk anak remajanya?
kemajuan dunia tanpa sempadan,banyak mempengaruhi kehidupan remaja.